Sejarah Masjid Jamek Seberang Jaya

Masjid Jamek Seberang Jaya mempunyai dua blok bangunan. Bangunan utama berukuran 140 kaki X 140 kaki yang mana boleh menampung seramai 3000 jemaah dalam satu masa. Manakala bangunan yangg kedua mempunyai dua tingkat berukuran 80 kaki X 130 kaki mengandungi pejabat, perpustakaan, bilik wuduk, bilik kuliah, bilik mayat, dewan makan dan dapur serta tandas.

Terdapat juga sebuah rumah jenis banglow untuk tempat tinggal imam dan rumah berkenaan untuk khatib serta para tetamu.

Pada  1993 pembinaan, masjid telah siap dan kebenaran untuk menjalankan urusan pentadbiran qaryah telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang melalui surat bil.JAPP/B/02/22.00 pada 20 Januari 1993.

Pada 24 Januari 1993 anak qaryah Seberang Jaya telah mengadakan majlis gotong-royong pertama untuk membasuh dan membersih masjid. Pada 19 Febuari 1993 masjid telah diunakan sepenuhnya dan solat Jumaat yang pertama dijalankan oleh Yang Di Pertua  Majlis Agama Islam Pulau Pinang iaitu Y.B Tuan Haji Yusoff Latif

Gambaran Terkini Masjid Jamek Seberang Jaya