Perpustakaan

 

 

Pengenalan 

Perpustakaan Masjid Jamek Seberang Jaya telah memulakan perkhidmatannya pada bulan Oktober 1995. Bagi melicinkan lagi perjalanan perpustakaan ini maka pihak masjid telah mendapat kerjasama dari pihak Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) yang mana bersetuju untuk melaksanakan bersama dengan diberi nama PERPUSTAKAAN MINI YPEIM-MASJID JAMEK SEBERANG JAYA pada bulan Julai 1996. Perpustakaan ini adalah sebagai model dibawah rancangan Pusat Pembangunan Minda yang telah wujud oleh pihak YPEIM sendiri. 

Perkhidmatan
Perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan adalah seperti berikut:-
Perkhidmatan akhbar dan majalah
Perkhidmatan aktiviti tambahan seperti tayangan video,risalah dan aktiviti
Perkhidmatan rujukan
Perkhidmatan penasihat pembaca

KOLEKSI PERPUSTAKAAN 

Perpustakaan ini mengadakan koleksi berasingan untuk kanak-kanak dan dewasa. Koleksi bahan-bahan perpustakaan dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti berikut:- 

Koleksi pinjaman biasa bagi orang dewasa dipecahkan kepada beberapa bahagian seperti berikut:

Koleksi pinjaman kanak-kanak dibahagikan kepada dua iaitu sudut bacaan cerita kanak-kanak dan sudut bahagian akademik seperti SPM, PMR dan UPSR.
Koleksi rujukan seperti:
Ensiklopedia Sirah, Kamus, Laporan Tahunan Masjid.
Figh & Perundangan Islam, Ihya Ulumuddin
Kertas kerja Program Penyertaan Komoniti(PPPK)
ABIM Sungai Petani Kedah.
Koleksi majalah masa kini dan yang lalu
Koleksi surat khabar
Koleksi bahan bukan buku seperti videotape yang bersesuaian.
 

 

KEAHLIAN PERPUSTAKAAN 

Keahlian diketogeri kepada dua iaitu dewasa dan kanak-kanak. Bayaran dan pendaftaran yuran tahunan telah ditetapkan adalah seperti berikut:

 

 
Kategori
Pendaftaran
Yuran Tahunan
Kanak-kanak
RM 5.00
RM 2.00
Dewasa
RM 5.00
RM 3.00

 

Keahlian adalah sah selama setahun dari tarikh mula didaftarkan dan jumlah tiket pinjaman yang diberikan adalah seperti berikut:

 

 

Keahlian Dewasa
1 tiket pinjaman buku
Keahlian Kanak
2 tiket pinjaman buku

 

Semua pengguna perpustakaan memberikan sekeping gambar untuk dilekatkan pada kad keahlian anda.

 

 

PERATURAN PERPUSTAKAAN 

Untuk menjaga ketenteraman dan suasana persekitaran yang sesuai dengan perpustakaan, beberapa perkara mesti dipatuhi oleh para pengguna.

Antaranya:

Apabila hendak masuk ke dalam perpustakaan para pengguna diwajibkan meninggalkan beg, payung, fail, buku sendiri dan barang lain yang disediakan tempat oleh pihak masjid.