Anugerah Bestari 2000

 

BESTARI MASJID JAMEK SEBERANG JAYA.


 

 

Apakah kelab BISTARI?

Kelab BISTARI adalah satu kelab yang dianggotai oleh ahli-ahli akademik, berkemahiran untuk melatih anak-anak kariyah supaya cemerlang dalam akademik dan berakhlak baik. Ia menjurus ke arah peningkatan dan pemantapan akademik , kemahiran diri dan akhlak. Tujuan penubuhan kelab BISTARI ini adalah untuk melahirkan insan yang berkaliber serta bakal pemimpin yang beriman pada masa hadapan.

 

Antara sekolah yang terlibat dalam kelab BISTARI adalah seperti berikut:

  1. Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya
  2. Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2
  3. Sekolah Menengah Seberang Jaya.

 

Antara ciri-ciri pemilihan pelajar adalah seperti berikut:

Pelajar-pelajar cemerlang dalam peperiksaan , 5 orang pelajar terbaik dari setiap darjah 5 dan 6 berjumalah 20 orang,.

5 orang pelajar terbaik dari setiap tingkatan 1 hingga 5 berjumlah 25 orang.

 

Badan-badan yang terlibat dalam menganjurkan program ini ialah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan Masjik Jamek Seberang Jaya. Pusat aktiviti-aktiviti kelab ini dijalankan sepenuhnya di masjid ini.

ANUGERAH BESTARI